CARA KENALI KULIT WAJAH ANDA

Assalamualaikum…selamat petang sahabat positif kak ida…

Sebagai wanita kulit wajah adalah aset yang sangat bernilai untuk kita…Penting untukkita sendiri mengenali jenis kulit kita dan cara untuk menjaganya….Penggunaan skincare juga bergantung pada jenis kulit kita….Jangan tersalah pilih pulak taw….Di bawah ni kak ida share cara untuk mengenali jening kulit masing-masing…jom sama-sama kita baca….

4 Cara Mudah Untuk Tentukan Jenis Kulit Korang.

Antara jenis kulit ialah kulit berminyak,kulit kering,kulit kombinasi dan kulit normal

1. Cuci Muka.

Guna pencuci muka yang tidak terlalu kuat. Cuci semua mekap & kekotoran yang ada pada wajah dengan sebersih bersihnya okeh. Tapi jangan kuat sangat sampai pedih & perit kulit.

2. Biarkan 1 Jam.

Biarkan 1 jam untuk kulit berada dalam keadaan normal. Jangan sentuh kulit.

3. Lapkan Dengan Tisu.

Fokus pada bagian T-Zone iaitu dahi dan hidung.

4. Ketahui Jenis Kulit.

Kulit Normal

Tiada kesan minyak. Korang akan rasa kulit korang lembut. Kalo normal, korang sangat berhuntungh weii. Tahniahh tau!

Kulit Berminyak

Akan ada minyak pada tisu. Biasanya kulit berminyak ni akan ada liang pori yang besar dan nampak berkilat.

Kulit Kering

Korang akan rasa kulit korang tegang dan agak keras. Macam ada lapisan plastik jer kat atas kulit tu. Kulit kering  jugak ada kaitan dengan liang pori kecil. PELEMBAP sangat penting untuk kulit jenis ini.

Kulit Kombinasi

Akan ada semua ciri ciri di atas. Biasanya kulit berminyak dikawasan T-Zone dan normal & kering di kawasan lain

semoga memberi manfaat kepada semua……