5 MAKANAN YANG MESTI DIELAK JIKA ADA JERAWAT

Assalamualaikum…selamat petang sahabat positif kak ida….

 

HAMPIR 100 PERATUS REMAJA PERNAH MENGHADAPI JERAWAT!!

Muka berjerawat menyebabkan diri sendiri rasa rendah diri dan rasa malu nak berdepan dengan orang ramai. .
So, selain kita mengatasi masalah jerawat dengan set jerawat, kita juga mesti tahu makanan yang mesti dielak kalau ada jerawat.
.
Jadi, jom kak ida story mory pasal 5 jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelakkan jerawat lebih parah.
.
1. Gula
Mesti korang dah tahu yang coklat dapat memberi kesan buruk pada penghidap jerawat. Gula yang terlebih boleh mengganggu fungsi sebum. Sebum yang aktif akan menyebabkan liang pori tersumbat. Dan menyebabkan jerawat timbul.
.
2. Susu
Pengambilan susu yang berlebihan, cheese atau makanan yang berkrim boleh menyebabkan jerawat. Sebabnya kebanyakkan produk susu mempunyai lemak yang tinggi. Lagilah membuatkan kulit berminyak.
.
3. Kafein

 Kafein yang berlebihan dalam teh atau kopi boleh memberi ketidakseimbangan hormon dalam tubuh dan menyebabkan tubuh menjadi stress.
.
4. Makanan diproses
Makanan yang mempunyai gula dan garam yang banyak boleh mengganggu tahap gula dalam darah dan menggangu paras hormon.
.
5. Makanan berminyak
Makanan berminyak biasanya mengandungi lemak dan kolesterol yang banyak yang menyebabkan keaktifan sebum yang menghasilkan minyak.Semakin banyak minyak, semakin mudah kulit terkena jerawat.
.
Semoga info dapat memberi manfaat