TIPS MEMILIH FOUNDATION MENGIKUT WARNA KULIT

Assalamualaikum…selamat petang….

Hari ini kak ida nak share tentang tips memilih foundation mengikut warna dan jenis kulit korang….

 

“TONE COLOUR BCCREAM FOUNDATION”

Ramai yang keliru nak pilih tone kaler mana satu. Okay kak ida terangkan sikit cara nak pilih tone kaler ni. Nak pilih tone kaler foundation kena ikut tone kaler kulit kita jugak. Ingat, kita guna foundation bukan nak tukar warna asal kulit kita tapi sebab nak cover all flaws in our face
.
CODE BEIGE:

Siapa je yang sesuai pakai tone BEIGE ni? Tone beige sesuai untuk sesiapa je. Even kulit gelap pun takde masalah nak pakai. Sebab bccream foundation ni bila well blend memang nampak cantik kat muka. Tapi kalau normally beige kita akan sarankan untuk yang berkulit cerah dan yang suka heavy makeup atau memang jenis suka melawo gite. Tapi bagi perempuan pakai tudung, kaler beige ni sangat sesuai.
.
Sebab bila kita pakai tudung kaler2 terang, kita kena pakai foundation yang cerah untuk buat muka kita menonjol. Takde la tenggelam muka kita dan nampak gelap & kusam je. Hek hek, saya cakap berdasarkan pandangan yang MUA berikan . So, pilihlah tone foundation mengikut tone kulit anda. Jadilah pengguna yang bijak…
.

CODE NATURAL

Tone Natural. Sangat sesuai buat semua jenis kulit jugak. Tapi paling disarankan bagi mereka yang berkulit sederhana cerah atau gelap. Bagi yang kulit cerah takde masalah nak ambil tone ni. Cuma nanti tone kulit korang tak menyerlah dan nampak kelam je.
.
Tone natural sesuai buat mereka yang tak suka sangat makeup. Nak pakai hari-hari contoh pergi kerja, pergi pasar malam jap, atau nak pergi keluar ke. Sebab ada orang jenis tak biasa muka kosong tapi still nak tepek2 sikit. So sangat disarankan ambil tone ni. Boleh cover segala cela, parut dan jerawat. Yang ada masalah kulit teruk macam ni nak cover better guna tone ni