DETOX SELAMAT UNTUK KULIT

Assalamualaikum….selamat petang….selamat berhujung minggu….

Hari ni kak ida nak share tentang cara nak buat detox untuk kulit…cara selamat taw….

 

DETOX KULIT

Jerawat HILANG, lemak TERHAKIS dan body maintain KERENGGA tak perlu telan PIL!

Jum kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakissss!

Bahan :

1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka

2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup!

3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan!

4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol

5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!

Cara :

1. Potong semua bahan & masukkan dalam air
2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam
3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau kak ida confirm kenyangggg je tak rasa lapar!

*tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais

Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab ter detox sekali! 2 in 1 gitewww