PETUA BIBIR MERAH BAK DELIMA

Assalamualaikum….selamat petang sahabat positif kak ida….

“BIBIR MERAH BAK DELIMA”

Ramai dah tau petua ni. Tapi kak ida share jugak kat sini sebab ada yang tanya camana nak hilangkan bibir gelap. Biasanya siapa yang suka pakai lipstick ada masalah bibir gelap.

Dun worry okey, kalau korang rajin buat petua ni, bibir yang gelap selow selow akan pink pink. Scrub ni penting sebab dia akan buang kulit mati.

Tambah pulak petua ni ada guna limau kasturi, jadi proses nak dapat bibir cantik tu lagi cepat sebab limau kasturi ni kaya dengan vitamin C.

————————————————————-

PETUA BIBIR MERAH BAK DELIMA
1 sdk gula pasir
1 sdk madu asli
1/2 biji limau kasturi
Lip balm/ vaseline/ minyak zaitun

Cara caranya

Gaul gula pasir dengan madu rata rata. Pastu letak sikit atas limau kasturi. Baru scrub bibir. Senang citer korang scrub bibir dengan limau kasturi tu. Scrub 2-3 minit. Pastu biarkan sekejap baru basuh

Lepas basuh bersih bersih, korang amik lip balm ke vaseline, sapu rata rata. Guna minyak zaitun pun boleh tau. Minyak zaitun ni kaya dengan vitamin E. Memnag bagus tuk bibir kita kekal moist.

Senang jek kan nak buat scrub ni. Kalau korang rajin buat, bibir bukan setakat pink pink, nanti dia moist jek pastu lembut. Masa tu kalau tak pakai lipstick pun dah cun. Natural beauty gitu.

Jangan lupe try tau, buat seminggu 2x jek cukup.

Selamat mencuba