PETUA HILANGKAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA

Assalamualaikum…selamat petang semua…

Hari ni kak ida nak share petua yang kak ida guna untuk hilangkan mata panda…hehehehe…mata panda ni adalah eye beg di bawah mata kita tu….mimipi ngeri kalau eyebeg nie berkilo-kilo kat bawah mata kita kan…huhuhuhu

MATA PANDA

Tak pe tak pe, pasni korang boleh try petua yang kak ida share ni. Sebenarnya banyak jek petua tuk hilangkan mata panda.

Ada guna timun, jus lemon, uncang teh semua. Tapi semua petua tu tak serasi dengan kak ida melainkan petua ni. Jeng jeng jeng, kak ida guna kentang jek. Iyaa kentang kita buat masak tu. Cara nak buat pun senang jek tau.

——————————————-

Bahan bahan
– 1 biji kentang

Hiris kentang nipis nipis. Pastu letak kat bawah mata selama 20-30 minit. Kalau gelap bawah mata tu teruk sangat, satu hari korang ulang la buat 3-4 kali. InsyaAllah berkesan.

Balance kentang tu korang masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara. Pastu simpan dalma peti ais. Nanti bila nak pakai hiris jek. Pakai sesejuk lagi syok.

Jom tengok khasiat kentang yang lain
– boleh lembutkan kulit
– kurangkan gelap bawah mata
– kurangkan kedut
– kurangkan bintik hitam
– merawat sunburn
– mencerahkan kulit
– mengurangkan eye bag

Ni la petua yang kak ida buat. Bawah mata kak ida still gelap sebab hari hari memang tidur lambat. Tapi memang banyak sangat berubah dari dulu. Jadi siapa geng mata panda, jangan lupa try petua ni tau.

ps: kak ida hiris kentang pakai peeler timun jek. Sebab nak nipis. Senang sikit dia nak lekat kat mata.

Selamat mencuba

No automatic alt text available.

yanng ni contoh yang kak ida selalu buat…senang dan cepat…hehehehe